Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah memperkenalkan inisiatif penyediaan akses kepada teknologi kecerdasan buatan (AI) melalui aplikasi Google Gemini Notebook kepada warga universiti awam, termasuk pelajar Tahun Satu (1) di Universiti Sains Malaysia (USM).
Inisiatif ini bertujuan memperkasa pembelajaran digital, meningkatkan literasi AI serta membantu pelajar memanfaatkan teknologi AI dalam aktiviti pembelajaran, penyelidikan dan pengurusan bahan akademik.
Sehubungan itu, pelajar tahun pertama Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) yang berminat untuk mendapatkan lesen berkenaan dipelawa untuk mendaftarkan minat melalui Google Form berikut selewat-lewatnya pada 25 Oktober 2026:
📌 Pautan Google Form: Lesen Google AI
Senarai nama pelajar yang telah mendaftar akan dikemukakan kepada Pusat Teknologi Digital (PTD), USM untuk pertimbangan pemberian lesen. Walau bagaimanapun, bilangan lesen yang disediakan adalah TERHAD dan pemberiannya tertakluk kepada kekosongan, ketersediaan lesen serta kelulusan pihak PTD.
Pelajar juga digalakkan untuk menyertai Kumpulan WhatsApp Google AI PPPJJ yang diwujudkan sebagai platform untuk:
- Mendapatkan bantuan dan panduan penggunaan Gemini dan NotebookLM.
- Melaporkan sebarang masalah teknikal atau isu akses.
- Memudahkan pemantauan dan sokongan penggunaan aplikasi.
- Menerima hebahan, maklumat serta perkembangan terkini berkaitan inisiatif Google AI.
Diharapkan pelajar PPPJJ dapat merebut peluang yang disediakan melalui inisiatif KPT ini bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran kendiri serta membudayakan penggunaan AI secara beretika dan bertanggungjawab.
Sekian, terima kasih.