
📢 JOM SERTAI WEBINAR: SAYA PELAJAR ODL, BAGAIMANA NAK BERMULA?Â
Anda pelajar baharu Rancangan Pengajian Jarak Jauh (RPJJ) USM? Masih tertanya-tanya bagaimana hendak memulakan perjalanan pembelajaran secara Open and Distance Learning (ODL)?
Jangan risau! Jom sertai sesi webinar khas bersama pensyarah, alumni dan pelajar RPJJ yang akan berkongsi pengalaman, panduan serta tip berguna untuk membantu anda menyesuaikan diri dengan pembelajaran secara jarak jauh.
📅 Tarikh: 23 Oktober 2026 (Jumaat)
🕣 Masa: 8:30 malam – 9:30 malam
💻 Platform: Webex
🔗 Pautan Webinar:
https://usm-cmr.webex.com/usm-cmr/j.php?MTID=m26446d35cd6602227ae64f268d345310
🎯 Jangan lepaskan peluang ini! Sama ada anda baru memulakan pengajian atau sedang menyesuaikan diri dengan pembelajaran ODL, sesi ini pastinya dapat memberikan inspirasi dan panduan yang bermanfaat.
Jumpa anda di sana! 🌟
Anjuran Jawatankuasa HEBAT dan Alumni, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ), Universiti Sains Malaysia.