MAKLUMAN UMUM - PELAJAR PENGURUSAN: PELAKSANAAN KURSUS AUDIT BAGI PELAJAR KOHORT SIDANG AKADEMIK 2022/2023 HINGGA 2025/2026

MAKLUMAN UMUM - PELAJAR PENGURUSAN: PELAKSANAAN KURSUS AUDIT BAGI PELAJAR KOHORT SIDANG AKADEMIK 2022/2023 HINGGA 2025/2026

by Pearl PPPJJ -
Number of replies: 0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar bidang Pengurusan bagi kohort bermula kemasukan Sidang Akademik 2022/2023 hingga Sidang Akademik 2025/2026 dikehendaki mendaftar tiga (3) kursus Elektif wajib iaitu JTP 393E, JOP 455 dan JTU 394E. Bagi pelajar yang sudah mencukupi komponen Elektif (E) dengan jumlah 6/7 unit, pelajar perlu mendaftar kursus-kursus yang dinyatakan sebagai kod jenis Y (Audit).

2.  Untuk rujukan, pelajar boleh mengikuti rakaman taklimat pelaksanaan Kursus Audit bagi kohort kemasukan Sidang Akademik 2022/2023 yang telah berlangsung pada hari Jumaat, 17 April 2026 yang lalu di pautan ini: Rakaman Webex Kursus Audit. Bersama ini juga dilampirkan slaid sesi berkenaan seperti di Lampiran 1 untuk rujukan semua.

3.  Bagi pelajar yang mendaftar kurang dari jumlah unit maksimum (36 unit) pelajar boleh membuat pendaftaran di Campus Online manakala pelajar yang telah cukup jumlah unit maksimum, pelajar perlu mengisi borang pendaftaran tambahan kursus secara manual seperti di Lampiran 2.

4.  Kerjasama dan perhatian semua pelajar amatlah diharapkan bagi melicinkan urusan pengajian. Pihak kami akan membantu yang terbaik supaya semua pelajar tidak tercicir dari senarai yang akan bergraduat.

Sekian, terima kasih.

Pengerusi Rancangan
Bidang Pengurusan
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh