Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dimaklumkan bahawa Sistem Penilaian Pengajaran (Teaching Assessment) bagi Sidang Akademik 2025/2026 telah dibuka.
Penilaian ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas pelajar mengenai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan oleh pensyarah untuk kursus masing-masing bagi penambahbaikan berteruskan oleh pusat pengajian.
Sehubungan itu, para pelajar WAJIB untuk melengkapkan penilaian ini melalui pautan ‘Sistem Penilaian Pengajaran’ dalam portal PEARL PPPJJ. Tarikh akhir untuk melengkapkan penilaian ini adalah 25 Oktober 2026.
Sila ambil maklum bahawa semua maklum balas anda adalah SULIT.
Sekian, terima kasih.