MAKLUMAN UMUM - HEBAHAN JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN AKHIR, SIDANG AKADEMIK 2025/2026

MAKLUMAN UMUM - HEBAHAN JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN AKHIR, SIDANG AKADEMIK 2025/2026

by Pearl PPPJJ -
Number of replies: 0

Salam Sejahtera,

Berikut merupakan jadual waktu Peperiksaan Akhir Rancangan Pengajian Jarak Jauh, Sidang Akademik 2025/2026 yang akan diadakan mulai 29 Jun 2026 hingga 18 Julai 2026. 

Turut dilampirkan ialah surat makluman berkenaan Peperiksaan Akhir untuk rujukan majikan/pihak berkenaan bagi permohonan pelepasan/cuti oleh para pelajar. 

Semua pelajar PPPJJ diwajibkan mencetak slip peperiksaan masing-masing melalui portal Campus Online (campusonline.usm.my) mulai RABU, 3 JUN 2026, jam 11:00 PAGI.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Unit Peperiksaan dan Pengijazahan (exam@usm.my) atau rujuk laman sesawang bpa.usm.my.

Unit Peperiksaan dan Pengijazahan, 
Bahagian Pengurusan Akademik, 
Jabatan Pendaftar,
Universiti Sains Malaysia