Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Penangguhan Pengajian bagi pelajar RPJJ kini dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian (sistem) berkuat kuasa 17 April 2026.
Sehubungan itu, semua urusan permohonan Penangguhan Pengajian hendaklah dilakukan melalui sistem dan penggunaan borang manual tidak lagi diterima.
Pelajar dikehendaki membuat permohonan melalui aplikasi “Penangguhan Pengajian” di portal Campus Online masing-masing. Permohonan tersebut akan disahkan oleh Penasihat Akademik dan seterusnya dikemukakan untuk perakuan Dekan PPPJJ.
Bersama ini turut dilampirkan manual Sistem Permohonan Penangguhan Pengajian (Modul: Pelajar versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris) untuk makluman dan rujukan pihak tuan/puan.
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Pembantu Tadbir seperti berikut:

Sekian, terima kasih.
Pejabat Timbalan Dekan (Akademik, Kerjaya & Antarabangsa)
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh
------------------------
PERMOHONAN PENANGGUHAN PENGAJIAN MELALUI PORTAL CAMPUS ONLINE
Permohonan penangguhan pengajian melalui portal Campus Online melalui https://campusonline.usm.my
1. Log masuk menggunakan identiti Single Sign-On.
2. Klik Menu Aplikasi -> Penangguhan Pengajian
3. Sila Klik butang “New Application” untuk membuat permohonan baru.
4. Sila lengkapkan maklumat Borang Permohonan.
5. Sila Klik butang ‘Submit to …’ untuk menghantar permohonan untuk diproses.
Maklumat Permohonan
1. Pelajar boleh melihat status permohon dari semasa ke semasa untuk mengetahui peringkat pemprosesan terkini.
2. Makluman keputusan permohonan akan dilakukan melalui emel. Namun begitu, pelajar boleh menyemak keputusan dari semasa ke semasa.