loader image
Skip to main content
Completion requirements

Pengguguran kursus tanpa sebarang alasan yang munasabah tidak dibenarkan selepas selesai aktiviti pendaftaran kursus. Walau bagaimanapun, pertimbangan boleh diberikan seperti berikut:
  1. Permohonan pengguguran kursus boleh dibuat dalam tempoh yang dimaklumkan semasa Kursus Intensif dengan alasan yang kukuh dan perlu mendapat kelulusan Dekan/Timbalan Dekan (Akademik, Kerjaya & Antarabangsa) PPPJJ terlebih dahulu. Pelajar akan dikenakan denda RM50.00 untuk setiap permohonan. 
  2. Permohonan untuk menggugur kursus SELEPAS tempoh yang telah dimaklumkan semasa Kursus Intensif tidak akan dipertimbangkan.
  3. Borang Gugur/Tambah Kursus perlu diisi oleh pelajar dan ditandatangani oleh Dekan/Timbalan Dekan (Akademik, Kerjaya & Antarabangsa) PPPJJ dan proses gugur kursus akan dilakukan oleh Pembantu Tadbir bidang semasa Kursus Intensif (Rujuk perkembangan semasa untuk proses pengguguran).
  4. Kemudahan untuk menggugurkan kursus tidak boleh disalahgunakan. Dekan/TimbalanDekan (Akademik, Kerjaya & Antarabangsa) mempunyai hak untuk tidak memperakukan pelajar menggugurkan kursus sekiranya pelajar tidak serius terhadap kursus yang diambil seperti gagal menghadiri kuliah, tutorial, amali dan tidak melaksanakan kerja kursus. Pelajar yang sedemikian akan dihalang menduduki peperiksaan akhir dan diberi gred ‘X’.

Last modified: Thursday, 14 September 2023, 3:23 PM