Salam Sejahtera,
Sistem Penilaian Pengajaran (Teaching Assessment) bagi Sidang Akademik 2024/2025 kini dibuka sehingga 13 Julai 2025.
Para pelajar RPJJ WAJIB untuk melengkapkan penilaian ini melalui tab ‘Sistem Penilaian Pengajaran’ dalam PEARL.
Sila ambil maklum bahawa semua maklum balas anda adalah SULIT.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Dekan (Akademik, Kerjaya & Antarabangsa), PPPJJ
Setiap pelajar akan
diperuntukkan seorang staf akademik yang akan menjadi Penasihat
Akademik (PA) pelajar dari permulaan pengajian sehingga tamat pengajian.
PA akan menasihati pelajar mengenai pelan kursus pembelajaran pelajar.
Pelajar juga boleh berhubung dengan penasihat akademik sekiranya pelajar
mengalami isu pembelajaran.
Untuk makluman, pelajar yang berstatus P1 dan P2 (Taraf Percubaan*) mesti berbincang dengan PA untuk pelan tindakan akademik sebelum pendaftaran kursus.
Pelajar boleh mengenal pasti penasihat akademik melalui USM Campusonline > Profil Pelajar (rujuk contoh)
* Taraf percubaan dikenakan kepada pelajar-pelajar yang memperoleh PNG 1.99 dan ke bawah.