loader image
Skip to main content
Completion requirements

Sebelum pendaftaran kursus, adalah wajar pelajar pastikan perkara berikut:

1)     Merujuk kepada Senarai Kursus e-Daftar bidang dan unit pengijazahan masing-masing

2)     Jumlah unit kursus berdasarkan klasifikasi T (Teras), M (Minor), E (Elektif), U (Universiti) dipenuhi;

3)     Keperluan kursus bahasa dipenuhi;

4)     Syarat lulus kursus universiti dipenuhi; dan

5)     Nilai PNGK dan PNG (AT) 2.00 minimum dipenuhi.

Sekiranya pelajar mempunyai sebarang persoalan mengenai pendaftaran kursus yang ditawarkan, pelajar mesti merujuk kepada Penasihat Akademik masing-masing.

Panduan Pendaftaran SA 2021/2022 dan Senarai Penawaran Kursus mengikut bidang dilampirkan

PENTING: Pelajar perlu mengikut tahun kemasukan dan matrik nombor untuk menentukan kategori dan panduan pendaftaran yang betul. Pastikan anda menyemak panduan pendaftaran mengikut kategori yang betul sebelum mendaftar kursus.

Buku panduan SA boleh dicapai di sini

Slip pengesahan pendaftaran kursus

Slip Pengesahan Pendaftaran Kursus hendaklah disemak dengan teliti untuk memastikan tiada kesilapan. Sebarang kesilapan mengenai pendaftaran kursus mesti dimaklumkan kepada Pentadbir Bidang masing-masing dengan serta merta dalam tempoh aktiviti pendaftaran kursus.

Pendaftaran Lewat

Bagi pelajar yang terlepas tarikh pendaftaran di e-Daftar @ Campusonline, pelajar perlu mengisikan borang pendaftaran kursus. Ia perlu dikemukan kepada Penolong Pendaftar Kanan/Penolong Pendaftar atau Pembantu Tadbir bidang masing-masing.


Gagal Mendaftar

Walau bagaimanapun, sekiranya pelajar masih gagal mendaftarkan diri dengan borang pendaftaran kursus pelajar perlu menangguhkan pengajian. Sekiranya pelajar telah menangguh tiga kali berturut-turut, pelajar perlu mengemukan surat menarik diri. Untuk tatacara borang penangguhan atau menarik diri, pelajar boleh rujuk kepada bahagian Penangguhan dan Menarik Diri

Untuk pelajar tahun 1, anda akan mendaftar kursus semasa Program Siswa Lestari