Kursus Bahasa
Kursus
Bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris adalah sebahagian
daripada bungkusan kursus universiti. Setiap pelajar perlu mendaftar
sekurang-kurang 6 unit kursus bahasa yang terdiri daripada 2 unit kursus
Bahasa Malaysia dan 4 unit kursus Bahasa Inggeris.
- Kursus Bahasa Malaysia (2 unit)Kursus Bahasa Inggeris (4 unit)
Empat (4) unit Kursus Bahasa Inggeris adalah WAJIB dan akan dikira terhadap pengijazahan. Setiap kursus perlu lulus dengan gred C dan ke atas (rujuk Syarat Pendaftaran Kursus Bahasa Inggeris perkara (4) di bawah.)
- JUL 401/2 – Bahasa Malaysia IV
- Dua (2) unit kursus Bahasa Malaysia adalah WAJIB dan akan dikira terhadap pengijazahan. Pelajar perlu lulus dengan gred C dan ke atas.
- JUL 301/2 - Bahasa Malaysia III
- Kursus
Bahasa Malaysia III adalah kursus pra-syarat (Kod Z) yang hanya
dikhaskan kepada pelajar warga emas yang tidak mendapat kepujian Bahasa
Malaysia di peringkat SPM sahaja. Perlu lulus dengan gred C dan ke atas.
Sebagai kursus prasyarat, pelajar perlu lulus kursus ini terlebih
dahulu sebelum dibenarkan mendaftar
- MUET
Mulai
Sidang Akademik 2017/2018, pelajar perlu mendapat sekurang-kurangnya
Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk
syarat am memohon kemasukan ke RPJJ ATAU sebelum dibenarkan mendaftar
kursus Tahun 2.
- Syarat Pendaftaran Kursus Bahasa Inggeris
Pelajar
diwajibkan mengambil kursus Bahasa Inggeris bergantung kepada keputusan
MUET. Pelajar yang mendapat MUET Band 2 dan 3 perlu mengambil kursus
JUE 100/2 terlebih dahulu. Kursus JUE100/2 adalah kursus pra-syarat
Bahasa Inggeris iaitu kursus ini tidak akan dikira dalam unit
pengijazahan tetapi pelajar perlu lulus dengan sekurang-kurangnya gred C
sebelum boleh mengambil kursus-kursus Bahasa Inggeris yang lain.
Pelajar perlu mengambil kursus Bahasa Inggeris berdasarkan kelayakan MUET mengikut jadual seperti di bawah:

Kursus Universiti

Jika pelajar memperolehi gred C- ke bawah untuk perkara 2-7, pelajar perlu mengulang kursus ini sehingga mendapat C ke atas.
Last modified: Thursday, 14 September 2023, 3:05 PM