Salam Sejahtera,
Sistem Penilaian Pengajaran (Teaching Assessment) bagi Sidang Akademik 2024/2025 kini dibuka sehingga 13 Julai 2025.
Para pelajar RPJJ WAJIB untuk melengkapkan penilaian ini melalui tab ‘Sistem Penilaian Pengajaran’ dalam PEARL.
Sila ambil maklum bahawa semua maklum balas anda adalah SULIT.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Dekan (Akademik, Kerjaya & Antarabangsa), PPPJJ
Petikan atau citation merujuk kepada cara anda memperoleh idea/perkataan/informasi untuk penulisan anda. Ia boleh di dalam bentuk in-text-citation (dalam isu kandungan penulisan) atau senarai rujukan (biliographies). Adalah penting jika pelajar memberi sumber rujukan yang betul untuk elak isu plagiat di dalam penulisan anda. Tujuan penyenaraian sumber rujukan juga bertujuan untuk mengakui idea dan memberi kredit kepada penulis asal. Perpustakaan USM telah menyediakan beberapa sumber cara rujukan. Pelajar boleh rujuk laman sesawang di bawah untuk sumber citation. Selain itu, pelajar juga digalak untuk mengguna perkhidmatan pengurusan bibliografi Mendeley. Pelajar boleh muat turun perinsian Mendeley di sini