Salam Sejahtera,
Sistem Penilaian Pengajaran (Teaching Assessment) bagi Sidang Akademik 2024/2025 kini dibuka sehingga 13 Julai 2025.
Para pelajar RPJJ WAJIB untuk melengkapkan penilaian ini melalui tab ‘Sistem Penilaian Pengajaran’ dalam PEARL.
Sila ambil maklum bahawa semua maklum balas anda adalah SULIT.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Dekan (Akademik, Kerjaya & Antarabangsa), PPPJJ
Pelajar PPPJJ adalah terikat dengan Kaedah-Kaeadah Universiti Sains Malaysia (Tatatertib pelajar-pelajar) USM (dilampirkan). Selain itu, pelajar PPPJJ USM juga adalah tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (dilampirkan).
USM juga mengambil serius mengenai plagiat (ciplakan). Adalah wajar pelajar baca dan memahami dasar USM terhadap ciplakan (dilampirkan). Dasar ini menjelaskan takrif ciplakan, tahap keseriusan ciplakan dan tindakan yang boleh dikenakan.