Unit Sokongan Akademik Pelajar atau Student Academic Support (SAS) Rancangan Pengajian Jarak Jauh (RPJJ) berfungsi untuk memberi perkhidmatan sokongan pembelajaran kepada para pelajar dalam hal ehawal akademik dan bukan akademik.
SAS berhasrat untuk memberi sokongan yang menyeluruh kepada semua pelajar sepanjang tempoh pengajian anda di pusat pengajian ini. Sokongan SAS merangkumi sokongan pengurusan pengajian pelajar, sumber pendidikan, sokongan peribadi dan teknikal.
Shortcut (Click and Go!)
Peperiksaan semakin hampir… adakah anda sudah benar-benar bersedia?
Sudahkah anda ulang kaji dengan teratur? Bagaimana pula dengan emosi dan tekanan yang datang bersama musim peperiksaan?
Ingin tahu cara terbaik untuk mengawal emosi, kurangkan tekanan dan menjawab soalan dengan lebih yakin dan berkesan?
Jom ikuti sesi webinar anjuran PPPJJ melalui Unit Sokongan Akademik Pelajar (SAS) yang akan membekalkan anda dengan tip praktikal dan suntikan semangat untuk menghadapi peperiksaan akhir dengan lebih yakin dan tenang seperti berikut:
“PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN: KENDALI TEKANAN, KUASAI SOALAN"
Kluster Sastera
Tarikh: 25 Jun 2025, Rabu
Masa: 8:30 malam – 9:30 malam
Pautan Webex: https://shorturl.at/hxw7D
Penceramah 1:
Encik Ahmad Anwar Omar
Ketua Pegawai Psikologi, BHEPA
Topik: Persiapan Kesihatan Mental & Emosi
Penceramah 2:
Dr. Wan Roshazli Wan Razali
Pensyarah Kesusasteraan, PPPJJ
Topik: Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan
Moderator: Dr. Nagesvari Paramasivan
Pensyarah Kesusasteraan, PPPJJ
Kluster Sains
Tarikh: 26 Jun 2025, Khamis
Masa: 8.30 malam - 9.30 malam
Pautan Webex: https://shorturl.at/54YgG
Penceramah 1:
Encik Mohd Norzulhairie Othman
Ketua Pegawai Psikologi, BHEPA
Topik: Persiapan Kesihatan Mental & Emosi
Penceramah 2:
ChM. Dr. Eda Yuhana Ariffin
Pensyarah Kimia, PPPJJ
Topik: Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan
Moderator: Dr. Mohd Hazrie Samat
Pensyarah Fizik, PPPJJ
Sesi ini akan membantu anda:
✅ Memahami konsep dan kepentingan pengurusan kesihatan mental dan emosi
✅ Mengenalpasti dan mengaplikasikan teknik menjawab soalan peperiksaan secara berkesan
✅ Meningkatkan keyakinan untuk menghadapi peperiksaan akhir
Imbas kod QR dalam poster atau klik pautan untuk menyertai sesi ini!
Jangan lepaskan peluang ini untuk membantu anda membuat persediaan menghadapi peperiksaan!