Perkhidmatan Kaunseling
Terdapat beberapa cara pelajar boleh memperolehi perkhidmatan kaunseling
1. BHEPA
Untuk perkhidmatan ini, pelajar boleh walk-in atau mengguna perkhidmatan atas talian
Atas Talian @ Kaunseling BHEPA USM atau pelajar boleh rujuk kepada jadual bertugas kaunselor unit kaunseling
2. Team Kaunselor USM
3. Counselling Service at USM Penang (Sukarelawan Alumni USM)
Pelajar juga boleh menghubungi Janice di janicelfy@yahoo.com dan Huey Ting di hueyting92@hotmail.com. Kedua-dua kaunselor ini merupakan sukarelawan dan juga bekas pelajar Master Kaunseling USM. Mereka juga boleh dihubungi di @ Facebook
Setiap pelajar akan diperuntukkan seorang staff akademik yang akan menjadi penasihat akademik pelajar dari permulaan pengajian sehingga tamat pengajian. Penasihat akademik akan berbincang dan menasihati pelajar mengenai pelan kursus pelajar. Pelajar juga boleh berhubung dengan penasihat akademik sekiranya pelajar mengalami isu pembelajaran.
Pelajar boleh mengenal pasti penasihat akademik melalui USM CampusOnline
Perkhidmatan Kaunseling Kerjaya
Bagi pelajar yang ingin memperolehi khidmat nasihat mengenai kerjaya, pelajar boleh berhubung dengan En Mohamad Kasyfi Mohamad Taufik di m.kasyfi@usm.my atau anda boleh menelifon beliau di 04 653 6167
Perkhidmatan Bantuan Kewangan dan Keusahawanan
1. PTPTN
Fungsi utama penubuhan perbadanan PTPTN adalah untuk menguruskan pembiayaan kewangan dan pinjaman pelajaran pengajian tinggi kepada para siswa dan siswi yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia.
Proses permohonan (Pelajar perlu ikut perkembangan semasa)
2. Kemudahan Perniagaan oleh Hebat Development Centre, USM
Untuk perkhidmatan terkini HEBAT, pelajar boleh mengikuti Facebook HEBAT
Untuk perkhidmatan biasiswa dan pinjaman, pelajar juga boleh merujuk kepada laman BHEPA
Permohonan yang dibuat melalui borang di bawah akan diterima oleh pihak Jabatan Bendahari.
Makluman akan dibuat kepada pelajar yang memilih untuk mengambil surat pengesahan di Kaunter Jabatan Bendahari (Bangunan D12)