Section outline
-
Integriti adalah asas utama dalam membentuk individu dan masyarakat yang beretika. Ia merangkumi kejujuran, kepercayaan, dan prinsip moral yang kukuh dalam setiap aspek kehidupan, termasuk dalam pekerjaan, perhubungan sosial, dan juga tanggungjawab kita sebagai warganegara. Pada masa yang sama, isu rasuah pula menjadi ancaman besar kepada integriti. Rasuah melemahkan sistem keadilan, mengurangkan kepercayaan masyarakat terhadap institusi, serta menjejaskan pembangunan negara.
Maka, dalam pembelajaran kali ini, kita akan melihat sedikit sebanyak yang dimaksudkan dengan integriti dan antirasuah serta setiap elemen yang berkait rapat dengannya.
-
Setelah mempelajari topik ini, anda dapat:
1. Membincangkan konsep integriti dan antirasuah
2. Menjelaskan kaedah pelaporan salah laku rasuah dan integriti
-
Melalui video ini, anda bukan sahaja akan memahami mengenai konsep integriti dan antirasuah, tetapi juga memperoleh kemahiran untuk mengenal pasti dan bertindak terhadap isu rasuah dengan cara yang betul dan berkesan.
-
Mari kita lihat satu contoh situasi berlakunya kes integriti dan rasuah melalui video pendek bertajuk "Sesal" di bawah. Video ini berdurasi 5.54 minit.
Kredit video: Pokteh Studios (Fadhzli Wahab). Video ini dilaksanakan oleh pelajar kursus JUR103: Integriti dan Antirasuah.
-
ForumView Make forum posts: 1
Selepas anda selesai menonton video di atas, anda dikehendaki menjawab 2 persoalan seperti di bawah, menerusi platform forum.
1. Bincangkan elemen rasuah yang wujud berdasarkan situasi dalam video tersebut
2. Huraikan bentuk-bentuk minda perasuah yang Ali gunakan untuk terlibat dalam kes integriti dan rasuah
-
-
Berikut merupakan satu contoh situasi pelaporan kejadian rasuah.
Dalam senario ini, kita melihat seorang pengadu bernama Ali yang melaporkan kes rasuah, tetapi kelihatan agak kecewa dan tidak pasti. Ali memberi maklumat yang terhad dan kita akan lihat bagaimana pegawai SPRM cuba memahami situasinya.
-
ForumView Make forum posts: 1
Bincangkan di dalam ruangan forum selepas melihat situasi pada gambar di atas:
1. Apakah yang mungkin boleh diperbaiki dalam cara Ali melaporkan kes ini?
2. Mengapakah penting untuk memberi maklumat yang spesifik?
3. Bagaimana bukti sokongan boleh membantu dalam siasatan?
4. Apakah cara menjaga privasi dan keselamatan sebagai pelapor?
5. Cuba hasilkan satu senario pelaporan rasuah yang betul.
Jangan segan untuk berikan pendapat!
-
-
Sebagai rumusan, integriti dan antirasuah adalah asas kepada pembentukan masyarakat yang adil, beretika, dan bertanggungjawab. Integriti melibatkan nilai kejujuran dan moral yang kukuh, manakala rasuah adalah ancaman serius yang mencabar kesejahteraan sosial dan pembangunan negara. Dalam usaha membanteras rasuah, adalah penting untuk memahami konsep integriti serta menyedari kesan buruk rasuah.
Selain itu, kaedah pelaporan salah laku rasuah merupakan mekanisme utama dalam mengekalkan akauntabiliti. Kita harus memahami saluran dan prosedur yang selamat untuk melaporkan salah laku, serta peranan mereka dalam menyokong usaha untuk meningkatkan integriti di semua peringkat. Melalui kesedaran dan tindakan yang betul, kita mampu mewujudkan budaya yang lebih berintegriti dan bebas daripada rasuah.
-
Integriti: Prinsip moral dan kejujuran yang memastikan seseorang melakukan perkara yang betul walaupun tiada sesiapa yang melihat.
Antirasuah: Usaha atau tindakan untuk membanteras amalan rasuah dalam masyarakat dan organisasi.
Rasuah: Tindakan menyalahgunakan kuasa atau kedudukan untuk mendapatkan manfaat melalui cara yang tidak sah seperti menerima suapan dalam bentuk wang, hadiah, atau perkhidmatan.
Pelaporan salah laku: Proses melaporkan aktiviti tidak beretika, terutamanya amalan rasuah, melalui saluran-saluran rasmi seperti SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).
Suapan: Ganjaran yang diberikan atau diterima sebagai balasan untuk memperoleh sesuatu secara tidak sah, seperti projek atau kedudukan.
SPRM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, badan yang bertanggungjawab untuk menyiasat dan mencegah amalan rasuah di Malaysia.
-
- Mohamad Tarmize Abdul Manaf (2020). Nota Pencegahan Rasuah. Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Putrajaya
- Mohd Firdaus Ramlan (2021). Tumbuk Rusuk: Pengkisahan Dari Tirai Besi. Akademi Kajian Rantau Nusantara Akar. Batu Caves, Selangor.
- Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (2019). Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023. Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.