Section outline
-
Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua. Adakah anda pernah mempelajari atau memahami kata pemeri dan kata kerja? Apakah bezanya kata pemeri dan kata kerja itu?
- Pada pandangan anda apakah kata pemeri?
- Apakah yang dimaksudkan dengan kata kerja?
-
Diakhir kursus ini anda dapat:
- Menjelaskan kata pemeri
- Menghuraikan kata kerja
-
-
Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua. Adakah anda pernah berpengalaman mempelajari tatabahasa sebelum ini? Saya yakin kebanyakan anda sudah semestinya pernah mempelajari tatabahasa sama ada pada peringkat sekolah rendah, menengah mahupun pada peringkat universiti.
- Apakah yang anda tahu tentang tatabahasa?
- Bahagian tatabahasa manakah yang anda pernah pelajari dan masih ingat?
- Adakah tatabahasa bahasa Melayu sukar?
Tatabahasa adalah sistem aturan yang mengatur bagaimana kata-kata dan frasa disusun untuk membentuk ayat yang betul dan bermakna dalam sesuatu bahasa. Tatabahasa merangkumi pelbagai aspek seperti morfologi, sintaksis, fonologi, dan semantik. Misalnya, morfologi adalah cabang tatabahasa yang mengkaji struktur dan bentuk kata-kata. Morfologi termasuk cara pembentukan kata melalui proses seperti pengimbuhan (awalan, akhiran, sisipan, penggandaan, dan pemajmukan. Sintaksis adalah kajian tentang aturan susunan perkataan dalam ayat untuk membentuk struktur yang betul dan bermakna. Sintaksis merangkumi aturan bagaimana subjek, predikat, objek, dan pelengkap disusun dalam ayat.
Fonologi adalah kajian tentang sistem bunyi dalam bahasa Melayu, termasuk bagaimana bunyi-bunyi tersebut berfungsi dan berinteraksi dalam kata dan ayat. Fonologi juga mengkaji tentang intonasi, tekanan, dan ritma dalam pertuturan. Semantik merujuk kepada kajian tentang makna kata dan ayat dalam konteks tertentu. Semantik melibatkan penafsiran makna yang terkandung dalam struktur tatabahasa.
Dalam tatabahasa bahasa Melayu juga, hukum tatabahasa dititikberatkan agar segala aspek tatabahasa digunakan dengan tepat untuk membentuk ayat yang gramatis. Gramatis bermaksud ayat yang mempunyai struktur yang sempurna, bermakna dan berlandaskan kepada ciri-ciri utama ayat. Dalam menepati keseluruhan hukum tatabahasa, kita perlulah cakna dengan setiap penggunaan kata mahupun frasa untuk menghasilkan ayat yang gramatis. Tatabahasa merupakan landasan yang memastikan komunikasi dalam bahasa Melayu berjalan dengan lancar dan tepat. Penggunaan tatabahasa yang betul memudahkan pemahaman antara penutur dan penerima, sama ada secara lisan atau tulisan. Tanpa tatabahasa yang tersusun, mesej yang disampaikan berisiko menjadi tidak jelas atau disalah tafsir. Selain itu, tatabahasa mencerminkan kehalusan serta keindahan bahasa, dan ia amat penting dalam penulisan serta pertuturan yang formal dan profesional. Tatabahasa memainkan peranan dalam pendidikan bahasa, di mana pelajar diajar untuk menguasai tatabahasa demi meningkatkan kemahiran berbahasa, sama ada dalam penulisan kreatif, laporan akademik, atau komunikasi harian. Dalam topik ini, anggaran masa yang diperuntukkan adalah sebanyak 6 jam bagi sub topik yang akan dipelajari, iaitu berkaitan dengan topik:
- Kata pemeri
- Kata kerja
-
Anda diminta untuk merujuk bahan pembelajaran utama yang disediakan bagi topik ini. Bahan ini dapat memberikan pengetahuan yang penting. Untuk memastikan bahan pembelajaran ini difahami dan dimanfaatkan. Bagi tujuan pembelajaran ini, anda perlu menonton video di bawah untuk membina kefahaman dalam topik yang tersedia ini. Sila tekan pada bahagian tab di bawah dan tonton video pembelajaran berikut. Terima kasih.
-
Di bawah ini disediakan soalan untuk aktiviti pembelajaran kendiri anda.
Soalan: Apa yang anda faham tentang kata pemeri dan kata kerja? Terangkan maksud kata pemerii dan kata kerja berdasarkan pemahaman anda. Kemudian berikan 1 contoh kata pemeri 'ialah' dan 1 contoh 'adalah' dan 1 contoh 'kata kerja aktif' dan 2 contoh 'kata kerja pasif'. Huraikan jawapan anda di pautan bawah.
Arahan: Untuk menjawab soalan ini, anda perlulah menekan butang '+'. Selepas anda menekan butang ini, anda boleh mula menulis jawapan anda. Kemudian tekan 'publish' untuk anda paparkan jawapan anda di ruangan Padlet. Anda juga boleh beri bintang dan komen kepada rakan-rakan anda yang lain.
Selamat Maju Jaya!!πππ
-
Pada bahagian ini, anda disajikan dengan aktiviti penilaian kendiri yang berbentuk kuiz. Bahagian ini akan menguji kefahaman anda berkaitan topik yang telah anda pelajari. Bahagian kuiz ini memuatkan kuiz berkaitan kata pemeri, ialah dan adalah dan kata kerja yang merangkumi kata kerja pasif dan kata kerja aktif. Selamat Menjawab!
-
Perhatian kepada semua pelajar:
Di bawah ini tersedia video berkaitan dengan KATA PEMERI & KATA KERJA untuk anda telah dimuat naik yang berkaitan dengan topik ini. Jangkaan masa untuk anda membaca bahan ini adalah selama 2 jam . Hal ini bertujuan menguji kefahaman anda dalam topik ini. Anda perlu menonton video yang disediakan di bawah. Selepas menonton, anda berupaya menjelaskan apa yang anda faham tentang kata pemeri dan kata kerja dan konsepnya secara keseluruhan. Sila tonton video ini.
-
Mempelajari tatabahasa membentuk pengetahuan tentang tatabahasa dengan menggunakan hukum tatabahasa dengan jelas dan tepat malahan hal ini juga dapat membantu pelajar untuk mengembangkan keterampilan berbahasa secara keseluruhan.Selepas mempelajari topik ini, anda dapat merumuskan, penggunaan kata pemeri dan kata kerja. Di samping itu, anda dapat memanfaatkan konsep-konsep ini untuk membantu memahami struktur dan makna ayat dserta menganalisis hubungan antara elemen-elemen bahasa dalam konteks sintaksis.
-
Kata Pemeri - Kata yang perlu mengikuti hukum tatabahasa iaitu, ialah dan adalah. Kata ialah perlu diikuti dengan kata Nama dan adalah harus diikuti oleh kata adjektif atau frasa sendi nama.
Kata Kerja - Golongan kata yang menyatakan perbuatan atau keadaan.
Kata Aktif - kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.
Kata Pasif - kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.
-
- Nik Safiah Kasim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Ab. Hamid Mahmood, (2014) Tatabahasa Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
- Murshidi Harun @ Zakaria, Tan Hock Thye & Yahya Che Lah (2009). Sarana Bahasa Malaysia Universiti β Pemantapan Tatabahasa. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd. p.150.
- Pusat Bahasa dan Terjemahan (1995), Bahasa Melayu Kemahiran, Universiti Sains Malaysia: Pustaka Reka.