Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dimaklumkan bahawa pelajar yang telah mendaftar mana-mana kursus (JTU394E, JTP393E dan JOP455) sebagai kursus audit (Y) adalah tertakluk kepada keperluan penilaian kerja kursus yang ditetapkan dalam pelan pengajaran (LTAP) kursus terlibat.
Keperluan Penilaian Kerja Kursus
Pelajar yang mendaftar kursus berkenaan sebagai kursus audit (Y) diwajibkan melengkapkan semua komponen penilaian kerja kursus yang ditetapkan, termasuk Penilaian Berterusan (PB), tugasan, kuiz, aktiviti pembelajaran dan/atau lain-lain bentuk penilaian yang ditetapkan.
Pengecualian Peperiksaan Akhir
Pelajar yang mendaftar mana-mana kursus terlibat sebagai kursus audit (Y) tidak diwajibkan menduduki peperiksaan akhir. Walau bagaimanapun, pengecualian ini tidak merangkumi komponen penilaian kerja kursus seperti yang dinyatakan di atas.
Tanggungjawab Pelajar
Pelajar bertanggungjawab untuk menyemak maklumat dan arahan penilaian melalui portal PEARL serta melengkapkan semua komponen penilaian kerja kursus dalam tempoh yang ditetapkan. Pelajar juga disarankan untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan kelancaran pelaksanaan penilaian.
Kerjasama semua pihak amat dihargai bagi memastikan pelaksanaan kursus audit (Y) berjalan dengan teratur dan mengelakkan sebarang kekeliruan berhubung keperluan penilaian.
Sekian, terima kasih.
Pengerusi Rancangan
Bahagian Pengurusan
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh
Universiti Sains Malaysia