PELAKSANAAN KURSUS AUDIT BAGI PELAJAR KOHORT 2022/2023
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Taklimat Pelaksanaan Kursus Audit bagi kohort 2022/2023
telah berlangsung pada hari Jumaat, 17 April 2026 yang lalu. Bersama ini dilampirkan slaid dan rakaman Webex tersebut untuk rujukan semua:
Slaid: Taklimat Pelaksanaan Kursus Audit
Rakaman: Video Rakaman Taklimat Pelaksanaan Kursus Audit
3. Bersama ini dilampirkan senarai nama pelajar yang terlibat untuk rujukan pelajar (Lampiran 1).
4. Bagi pelajar yang di senarai Lampiran 2, kursus audit kod Y tuan/puan masih belum didaftarkan kerana tuan/puan mempunyai tunggakan yuran sidang lalu untuk diselesaikan sebelum 30 April 2026. Mohon untuk tuan/puan membuat pembayaran supaya pihak kami dapat membuat penambahan kursus Y dan tuan/puan boleh bergraduat pada sidang ini.
4. Kerjasama dan perhatian tuan/puan amatlah diharapkan bagi melicinkan urusan pengajian tuan/puan. Pihak kami akan membantu yang terbaik supaya tuan/puan tidak tercicir dari senarai yang akan bergraduat.
Sekian, terima kasih.
Pengerusi Rancangan
Bahagian Pengurusan
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh