Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Astro akan menganjurkan Program Rancangan Realiti TV Inovasi (INNOVATHON) musim ke-3.
Program realiti TV ini akan disiarkan melalui saluran Astro bagi inovator tempatan dari pelbagai peringkat mengetengahkan idea dan hasil ciptaan teknologi dan inovasi kepada rakyat Malaysia umumnya dan potensi untuk mendapatkan pelaburan dalam pengkomersialan produk inovasi melalui program tersebut.
Pihak Pusat Inovasi dan Perundingan, Bahagian Penyelidikan dan Inovasi dengan sukacitanya menjemput semua yang berdaya inovasi termasuk usahawan teknologi, penyelidik, start-up dan PELAJAR untuk turut menyertai INNOVATHON. Para peserta berpeluang memenangi hadiah wang tunai dan pelaburan jenis perkhidmatan sehingga RM1 juta bagi menambah baik dan mengkomersialkan produk inovasi mereka.
Pihak Bahagian Penyelidikan dan Inovasi menggalakkan penglibatan projek penyelidikan seperti FRGS, PRGS, TRGS dan LRGS yang telah tamat untuk turut sama menyertai program ini bagi membuktikan projek fundamental sebenarnya adalah satu projek yang boleh berkembang baik dan memberikan impak positif kepada pemegang taruh.
Penyertaan adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan had umur. Maklumat lanjut boleh dirujuk kepada poster yang dilampirkan.
Sekian, terima kasih.
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Pusat Inovasi & Perundingan
(Centre for Innovation & Consultation)
CREATE. CONNECT. GROW
--------------------------------
PENAFIAN
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) tidak akan bertanggungjawab terhadap kandungan emel ini atau sebarang tindakan yang diambil berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pengguna, melainkan maklumat tersebut disahkan secara bertulis. Segala pandangan dan pendapat yang dinyatakan dalam emel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi PPPJJ atau Universiti Sains Malaysia.
DISCLAIMER
The School of Distance Education (SDE) disclaims any liability for the content of this email or for the consequences of any actions taken based on the information provided by the user, unless that information is confirmed in writing. Any views and opinions presented in this email are solely those of the author and do not necessarily represent those of the School of Distance Education or Universiti Sains Malaysia.