Peperiksaan semakin hampir… adakah anda sudah benar-benar bersedia?
Sudahkah anda ulang kaji dengan teratur? Bagaimana pula dengan emosi dan tekanan yang datang bersama musim peperiksaan?
Ingin tahu cara terbaik untuk mengawal emosi, kurangkan tekanan dan menjawab soalan dengan lebih yakin dan berkesan?
Jom ikuti sesi webinar anjuran PPPJJ melalui Unit Sokongan Akademik Pelajar (SAS) yang akan membekalkan anda dengan tip praktikal dan suntikan semangat untuk menghadapi peperiksaan akhir dengan lebih yakin dan tenang seperti berikut:
“PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN: KENDALI TEKANAN, KUASAI SOALAN"
KLUSTER SASTERA
Tarikh: 25 Jun 2025, Rabu
Masa: 8:30 malam – 9:30 malam
Pautan Webex: https://shorturl.at/hxw7D
Penceramah 1:
Encik Ahmad Anwar Omar (Ketua Pegawai Psikologi, BHEPA)
Topik: Persiapan Kesihatan Mental & Emosi
Penceramah 2:
Dr. Wan Roshazli Wan Razali (Pensyarah Kesusasteraan, PPPJJ)
Topik: Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan
Moderator: Dr. Nagesvari Paramasivan (Pensyarah Kesusasteraan, PPPJJ)
KLUSTER SAINS
Tarikh: 26 Jun 2025, Khamis
Masa: 8.30 malam - 9.30 malam
Pautan Webex: https://shorturl.at/54YgG
Penceramah 1:
Encik Mohd Norzulhairie Othman (Ketua Pegawai Psikologi, BHEPA)
Topik: Persiapan Kesihatan Mental & Emosi
Penceramah 2:
ChM. Dr. Eda Yuhana Ariffin (Pensyarah Kimia, PPPJJ)
Topik: Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan
Moderator: Dr. Mohd Hazrie Samat (Pensyarah Fizik, PPPJJ)
Sesi ini akan membantu anda:
✅ Memahami konsep dan kepentingan pengurusan kesihatan mental dan emosi
✅ Mengenal pasti dan mengaplikasikan teknik menjawab soalan peperiksaan secara berkesan
✅ Meningkatkan keyakinan untuk menghadapi peperiksaan akhir
Imbas kod QR dalam poster atau klik pautan untuk menyertai sesi ini!
Jangan lepaskan peluang ini untuk membantu anda membuat persediaan menghadapi peperiksaan!
--------------------------------
PENAFIAN
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) tidak akan bertanggungjawab terhadap kandungan emel ini atau sebarang tindakan yang diambil berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pengguna, melainkan maklumat tersebut disahkan secara bertulis. Segala pandangan dan pendapat yang dinyatakan dalam emel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi PPPJJ atau Universiti Sains Malaysia.
DISCLAIMER
The School of Distance Education (SDE) disclaims any liability for the content of this email or for the consequences of any actions taken based on the information provided by the user, unless that information is confirmed in writing. Any views and opinions presented in this email are solely those of the author and do not necessarily represent those of the School of Distance Education or Universiti Sains Malaysia.