Salam Sejahtera,
Berikut merupakan jadual waktu dan hebahan maklumat peperiksaan bagi Peperiksaan Akhir Rancangan Pengajian Jarak Jauh, Sidang Akademik 2024/2025 yang akan diadakan mulai 8 Julai 2025 - 25 Julai 2025.
Turut dilampirkan ialah surat makluman berkenaan Peperiksaan Akhir untuk rujukan majikan/pihak berkenaan bagi permohonan pelepasan/cuti oleh para pelajar.
Semua pelajar PPPJJ diwajibkan mencetak slip peperiksaan masing-masing melalui portal Campus Online (campusonline.usm.my) mulai RABU, 11 JUN 2025, jam 11:00 PAGI.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Peperiksaan dan Pengijazahan atau rujuk laman sesawang bpa.usm.my.