PERHATIAN KEPADA PELAJAR, Sila pastikan anda telah melaksanakan Proses Pengurangan Storan M365 anda. Kegagalan melaksanakan proses tersebut mengakibatkan AKAUN ANDA AKAN DIBEKUKAN.
Akaun identiti yang dibekukan tidak boleh menggunakan perkhidmatan Pearl@USM, Wifi, CampusOnline, M365 dan perkhidmatan yang menggunakan Single Sign On.
Sila pastikan saiz used di Mailbox dan OneDrive anda perlu kurang dari 1GB.
Untuk menyemak saiz storan anda sila rujuk kepada pautan berikut:
Sila rujuk pautan berikut untuk maklumat lanjut:
Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Servisdesk PPKT di talian 04-653 4400.
Sekian, untuk perhatian dan tindakan segera anda.
Terima kasih.
Please ensure the size of the used space in your Mailbox and OneDrive is less than 1GB.
To check your storage size, please refer to the following link:
Please refer to the following link for more information:
If you have any questions, please contact the PPKT Service Desk at 04-653 4400.
Thank you for your attention and prompt action.
Best regards,
Objektif Topi: Common Sense Vs Pendekatan Kaedah Saintifik
Topik ini akan memperkenalkan pelajar kepada konsep common sense dan pendekatan kaedah saintifik dan bagaimana kita boleh memerhatikan isu sosial dengan kanta sains dan bukan sains.
Objektif Kursus: JKA218- Isu-isu Antropologi dan Sosiologi
Kursus JKA218- Isu-isu Antropologi dan Sosiologi merupakan salah satu kursus tahun dua dalam Program Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan, Antropologi dan Sosiologi di Pusat Pendidikan Pengajian Jarak Jauh.
Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan dan membolehkan pelajar memahami pelbagai isu dan masalah sosial masyarakat setempat dan masyarakat manusia secara umumnya melalui kanta Antropologi dan Sosiolog. Kursus ini membincangkan pelbagai isu bertahan dan semasa yang menjadi tema kajian antropologi dan sosiologi seperti stratifikasi sosial, gender, budaya, marginalisasi dan penyelewengan. Tema ini akan dibincang bersama isu seperti ketaksamaan sosial, keluarga, pekerjaan, kemiskinan, seksualiti, sains dan teknologi dan isu semasa terpilih.Di akhir topik ini, pelajar diharap berupaya untuk:
Mengenal pasti pendekatan common sense dan pendekatan metod saintifik antropologi dan sosiologi untuk mendekati masalah sosial.
Peraturan 5 Saat menyatakan bahawa jika anda mengambil makanan yang jatuh dalam masa lima saat, makanan itu masih selamat dimakan kerana kuman memerlukan masa untuk berpindah. Dalam aktiviti ini, anda akan cuba mengenal pasti sama ada pendekatan common sense atau kaedah saintifik lebih sesuai untuk memahami rasionaliti di sebalik peraturan ini.
Aktiviti:
Menggunakan Common Sense:
Menggunakan Kaedah Saintifik:
Perbandingan Pendekatan:
Refleksi Akhir:
Pastikan pelajar membuat ulangkaji
mengenai pendekatan common sense vs saintifik sebelum anda bermula.
Untuk mula, klik start sahaja. Terdapat 10 soalan di dalam penilaian ini.
Pelajar akan diberi situasi sosial dan anda perlu buat keputusan sama anda
boleh mengenal pasti isu
ini secara common sense atau perlu menggunakan pendekatan
saintifik sosial.
Tahniah jika anda boleh menjawab dengan cemerlang! Jika anda tidak berpuas hati dengan keputusan anda, anda boleh mencuba lagi!
Dalam topik ini kita telah mempelajari dua konsep utama. Common sense dan kaedah saintifik. Apakah tujuan pengenalan konsep ini? Ia adalah supaya kita mengetahui bahawa terdapat perbezaan dalam cara kita menginpretasikan sesuatu isu sosial.
Anda
mungkin terfikir, bukankah penggunaan common sense memadai
untuk kita memahami isu sosial? Bukankah dikatakan 'common sense is not so
common' menunjukkan masyarakat kita sekarang berisu kerana ramai yang
tak gunakan common sense?
Dalam kehidupan harian kita, boleh saja kita gunakan common sense tetapi jika anda ingin meneliti isu
sosial dengan objektif dan menyelesaikan isu sosial, tidak boleh. Anda perlu menggunakan kaedah saintifik. Tahu tak juga terdapat quote Albert Einstein ini? Common sense is the collection of prejudices acquired by age eighteen'. Ini bermaksud, common sense kita ini sebenarnya banyak prejudis yang telah dikumpul sejak kecil.
Melalui perbincangan pendekatan common sense dan kaedah saintifik, kita telah memahami bahawa pendekatan common sense adalah tidak memadai untuk membincangkan isu sosial dalam masyarakat. Perbincangan isu genting dalam masyarakat perlu difahami dan didekati berdasarkan fakta yang telah diuji dengan berdisplin. Bayangkan apa akan terjadi jika kita hanya menggunakan pengetahuan tempatan sahaja untuk membuat polisi? Maka adalah penting kita mendekati isu sosial dengan mendalam melalui cara saintifik dan bukan hanya dari permukaan atau common sense sahaja.
Sekarang
kita sudah mengetahui kita perlu menggunakan kaedah saintifik dalam memahami isu sosial. Dalam topik lain-lain dalam kursus JKA218 Isu-isu Antropologi dan Sosiologi seterusnya kita akan meneliti apakah itu sebenarnya masalah sosial.
Adakah semua masalah itu masalah sosial? Kalau anda sudah bersedia, jom mendaftar bagi Program Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan, Antropologi dan Sosiologi.
Jumpa di sana!