Pengecualian Kredit
Pengecualian kredit ialah sejumlah kredit yang diberikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di USM yang dikecualikan daripada keperluan pengijazahan. Pelajar perlu mengumpulkan hanya sejumlah baki kredit tertentu bagi tujuan pengijazahan. Kelulusan atau gred kursus yang dikumpulkan atau diperoleh di USM sahaja yang diambil kira dalam pengiraan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) bagi tujuan pengijazahan. Syarat pengecualian kredidiambil kira adalah seperti berikut:
(a) Untuk Pelajar Lepasan Diploma daripada IPT Awam dan IPT Swasta yang Diiktiraf
- Kursus peringkat ijazah pertama USM yang dipohon untuk mendapatkan pengecualian kredit hendaklah kursus yang setara dengan peringkat diploma.
- Kursus peringkat diploma boleh digabungkan (meliputi satu atau lebih) bagi mendapatkan pengecualian untuk satu kursus di peringkat universiti.
- Pencapaian minimum pada peringkat diploma yang boleh dipertimbangkan untuk pengecualian ialah sekurang-kurangnya gred C.
- Jumlah pengecualian sidang akademik adalah tidak melebihi 1 sidang akademik(
b) Untuk Pelajar Lepasan Daripada IPTA/IPTS Yang Diiktirafkan Sama Ada Dari Dalam Atau Luar Negara
Bagi pelajar dari IPTA/IPTS yang diiktirafkan sama ada dari dalam atau luar negara yang memohon melanjutkan pengajian di USM dalam peringkat pengajian yang sama.
- Kursus yang telah diikuti di IPTA/IPTS terdahulu adalah setara dengan kursus yang diikuti di USM.
- Jumlah maksimum pengecualian kredit tidak melebih 1/3 daripada jumlah keperluan unit pengijazahan.
(c) Jumlah Pengecualian Sidang Akademik
Pengecualian sidang akademik bergantung pada jumlah pengecualian unit seperti berikut:
* Jumlah unit maksimum untuk pengecualian unit adalah 27.
** Sains (122 unit), Sastera/Sains Kemasyarakatan (124 unit), Pengurusan (136 unit) P
Permohonan pengecualian unit perlu menggunakan borang pengecualian unit berserta salinan transkrip akademik yang disahkan dan sinopsis kursus peringkat Diploma IPTA/IPTS berkenaan. Borang pengecualian kredit yang telah lengkap diisi beserta semua dokumen lengkap perlu dikemukakan kepada kerani bidang masing-masing. Untuk pelajar baharu, borang dan dokumen lengkap perlu dimuat naik ke dalam portal.
Borang pengecualian unit dilampirkan dibawah
Pemindahan Kredit
Pemindahan kredit ialah pengiktirafan sejumlah unit yang diperolehi oleh pelajar yang mengikuti kursus di sesebuah IPTA lain dalam tempoh pengajiannya di USM. Syarat yang ditetapkan ialah:
-
Pemindahan kredit hanya dipertimbangkan bagi unit yang diperoleh daripada kursus di IPTA lain yang setara dengan kursus yang ditawarkan oleh program berkenaan kecuali kursus elektif atau opsyen.
-
Kursus yang boleh dipindahkan hanyalah kursus-kursus yang mempunyai bilangan unit yang sama atau lebih. Bagi kursus yang setara tetapi unitnya kurang, pemindahan unit boleh diperakukan dengan menggabungkan beberapa kursus.
-
Gred bagi kursus yang digabungkan tersebut akan diambil kira dalam pengiraan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK).
-
Bilangan maksimum unit yang boleh dipindahkan tidak melebihi satu pertiga daripada keseluruhan bilangan unit pengajian.
-
Pemindahan kredit daripada IPTA lain hanya boleh dilakukan sekali sahaja bagi semua IPTA.
-
Pelajar dikehendaki mendaftar kursus di IPTA lain tidak kurang daripada jumlah unit minimum serta tidak melebihi unit maksimum yang ditetapkan mengikut program pengajian mereka, kecuali mendapat kebenaran khas Dekan bagi pelajar yang mendaftar kurang daripada unit minimum.
Pelajar yang telah memohon dan diluluskan pemindahan kredit tidak dibenarkan membatalkan kelulusan tersebut setelah keputusan peperiksaan diperoleh. Borang pemindahan kredit yang telah lengkap diisi perlu dikemukakan kepada kerani bidang masing-masing.
Borang pemindahan kredit dilampirkan dibawah