Section outline
-
-
Pengenalan
Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera Kepada Semua Pelajar Yang Dikasihi
Terima kasih diatas minat dan masa yang diluangkan untuk mengetahui tentang sosiologi. Dalam topik ini akan diperkenalkan definisi dan ruang lingkup sosiologi. Berdasarkan beberapa tokoh menjelaskan sosiologi ialah kajian saintifik tentang masyarakat manusia dan interaksi sosial (Tischler, 2011).Kajian tentang kumpulan dan interaksi kumpulan, masyarakat dan interaksi sosial, dari kumpulan kecil dan peribadi kepada kumpulan yang sangat besar (Openstax, 2017). Kajian ilmiah tentang tingkah laku sosial dan kumpulan manusia. Ia memberi tumpuan kepada hubungan sosial; bagaimana hubungan tersebut mempengaruhi tingkah laku manusia; dan bagaimana masyarakat berkembang dan berubah (Schaefer, 2017).
Sinopsis Topik
Perkembangan sosiologi sebagai disiplin ilmu dapat ditelusuri sejak abad ke-19, ketika perubahan sosial yang besar terjadi di Eropah dan Amerika Utara. Tonggak dan pemikir penting dalam sejarah perkembangan Sosiologi (abad ke-18) ialah ahli falsafah seperti Auguste Comte dan Karl Marx. Mereka telah meletakkan asas Sosiologi dengan mengkaji masyarakat dan strukturnya dalam tulisan mereka. Comte sering dianggap sebagai pencipta istilah" sosiologi " dan menekankan penggunaan kaedah saintifik untuk mengkaji masyarakat. Auguste Comte (1798-1857): sering dianggap sebagai bapa sosiologi, Comte mengembangkan idea positivisme, yang menekankan penggunaan pemerhatian empirikal dan kaedah saintifik untuk mengkaji masyarakat. Beliau mengklasifikasikan sosiologi kepada dua cabang: statik sosial (kajian ketertiban dan kestabilan sosial) dan dinamik sosial (kajian perubahan sosial).
Di Akhir Pembelajaran Topik Ini Pelajar dapat;
1. Menghuraikan tentang definsi dan ruang lingkup sosiologi
Sub Topik
1. Apa itu sosiologi
Anggaran Masa Pembelajaran Topik Satu
Jumlah masa yang dianggarkan untuk menyelesaikan topik ini ialah 4 jam. Anggaran masa pembelajaran ini termasuk masa membaca bahan pembelajaran, menjalankan aktiviti pembelajaran dan penilaian kendiri. Jika anda mempunyai masa yang berlebihan, anda boleh membaca bahan rujukan tambahan.
-
-
Sila tonton video ini dan jawab soalan di padlet.
-
<p dir="ltr" style="text-align: left;">
-
-
-
Complete the activity
Sila klik dan cuba jawab kuiz
-
Ringkasan Topik
Sosiologi ialah ilmu yang mengkaji masyarakat, interaksi sosial, struktur sosial, dan perubahan sosial. Ilmu ini cuba memahami corak tingkah laku manusia dalam kehidupan sosial dan kesan interaksi sosial ini. Lebih khusus lagi, sosiologi mengkaji pelbagai fenomena sosial seperti stratifikasi sosial, konflik sosial, perubahan budaya, dan pelbagai aspek kehidupan sosial yang lain. Oleh itu, sosiologi memberikan pemahaman yang mendalam tentang dinamik kehidupan sosial manusia.
KATA KUNCI : Masyarakat ; Budaya; Sosial
Giddens, Anthony., W. Sutton., (2021) Sociology. United Kingdom: Polity Press.
Van Tubergen, Frank., (2020) Introduction To Sociology. United States : Taylor & Francis, Inc.
-