Section outline
-
-
-
Hi semua,
Sila mainkan video 8:21 minit ini sebelum anda bermula. Saya akan terangkan bagaimana anda boleh mengikuti topik ini di PEARL.
Bok
-
-
-
Objektif Topi: Common Sense Vs Pendekatan Kaedah Saintifik
Topik ini akan memperkenalkan pelajar kepada konsep common sense dan pendekatan kaedah saintifik dan bagaimana kita boleh memerhatikan isu sosial dengan kanta sains dan bukan sains.
Objektif Kursus: JKA218- Isu-isu Antropologi dan Sosiologi
Kursus JKA218- Isu-isu Antropologi dan Sosiologi merupakan salah satu kursus tahun dua dalam Program Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan, Antropologi dan Sosiologi di Pusat Pendidikan Pengajian Jarak Jauh.
Kursus ini membincangkan pelbagai isu bertahan dan semasa yang menjadi tema kajian antropologi dan sosiologi seperti stratifikasi sosial, gender, budaya, marginalisasi dan penyelewengan. Tema ini akan dibincang bersama isu seperti ketaksamaan sosial, keluarga, pekerjaan, kemiskinan, seksualiti, sains dan teknologi dan isu semasa terpilih.
-
-
-
Di akhir topik ini, pelajar diharap berupaya untuk:
Mengenal pasti pendekatan common sense dan pendekatan metod saintifik antropologi dan sosiologi untuk mendekati masalah sosial.
-
-
-
Berikut sub-topik untuk topik pembelajaran kali ini.Untuk makluman, pelajar tidak perlu habiskan topik dalam satu sesi. Pelajar boleh merancang masa pembelajaran berdasarkan keperluan masing-masing.Tajuk topik: Common Sense vs Pendekatan Kaedah SaintifikSub-topik:01/Common Sense vs Kaedah Saintifik
-
-
-
Pelajar perlu merujuk slaid interaktif ini (16 slaid) untuk pembelajaran kendiri.
Pelajar perlu meluangkan sekurang-kurangnya 5 min untuk setiap slaid. Ada sesetengah slaid memerlukan antara 15- 60 minit kerana melibatkan renungan, kajian kes, bacaan tambahan dan video.
Selamat belajar!
Kata laluan: PJJ101
-
-
-
View Make forum posts: 1
Peraturan 5 Saat menyatakan bahawa jika anda mengambil makanan yang jatuh dalam masa lima saat, makanan itu masih selamat dimakan kerana kuman memerlukan masa untuk berpindah. Dalam aktiviti ini, anda akan cuba mengenal pasti sama ada pendekatan common sense atau kaedah saintifik lebih sesuai untuk memahami rasionaliti di sebalik peraturan ini.
Aktiviti:
Menggunakan Common Sense:
- Fikirkan bagaimana common sense boleh digunakan untuk menyokong atau menolak Peraturan 5 Saat. Sebagai contoh, anda mungkin berfikir bahawa jika lantai kelihatan bersih, makanan yang jatuh mungkin masih selamat dimakan.
- Tulis satu perenggan yang menjelaskan hujah anda menggunakan pendekatan akal logik.
Menggunakan Kaedah Saintifik:
- Gunakan kaedah saintifik untuk menilai kesahihan Peraturan 5 Saat. Anda boleh merujuk kepada kajian yang telah dilakukan untuk mengukur pemindahan bakteria dari lantai ke makanan dalam pelbagai situasi.
- Tulis satu perenggan yang menjelaskan hujah anda menggunakan pendekatan kaedah saintifik.
Perbandingan Pendekatan:
- Bandingkan hasil yang anda perolehi daripada menggunakan akal logik dan kaedah saintifik. Pertimbangkan hujah mana yang lebih kukuh dan mengapa.
- Tulis satu perenggan yang membandingkan kedua-dua pendekatan tersebut.
Refleksi Akhir:
- Akhir sekali, refleksikan sama ada anda dapat mengenal pasti pendekatan mana yang lebih sesuai untuk memahami Peraturan 5 Saat. Fikirkan juga bagaimana penilaian ini boleh diaplikasikan dalam situasi lain.
- Tulis satu perenggan refleksi tentang pilihan anda dan justifikasi pendekatan yang anda anggap lebih berkesan.
Kongsikan dapatan anda di dalam forum (Klik tajuk forum di atas untuk ke sana).
-
-
-
Pastikan pelajar membuat ulangkaji mengenai pendekatan common sense vs saintifik sebelum anda bermula. Untuk mula, klik start sahaja. Terdapat 10 soalan di dalam penilaian ini. Pelajar akan diberi situasi sosial dan anda perlu buat keputusan sama anda boleh mengenal pasti isu ini secara common sense atau perlu menggunakan pendekatan saintifik sosial.
Tahniah jika anda boleh menjawab dengan cemerlang! Jika anda tidak berpuas hati dengan keputusan anda, anda boleh mencuba lagi!
-
-
-
Dalam topik ini kita telah mempelajari dua konsep utama. Common sense dan kaedah saintifik. Apakah tujuan pengenalan konsep ini? Ia adalah supaya kita mengetahui bahawa terdapat perbezaan dalam cara kita menginpretasikan sesuatu isu sosial.
Anda mungkin terfikir, bukankah penggunaan common sense memadai untuk kita memahami isu sosial? Bukankah dikatakan 'common sense is not so common' menunjukkan masyarakat kita sekarang berisu kerana ramai yang tak gunakan common sense?
Dalam kehidupan harian kita, boleh saja kita gunakan common sense tetapi jika anda ingin meneliti isu sosial dengan objektif dan menyelesaikan isu sosial, tidak boleh. Anda perlu menggunakan kaedah saintifik. Tahu tak juga terdapat quote Albert Einstein ini? Common sense is the collection of prejudices acquired by age eighteen'. Ini bermaksud, common sense kita ini sebenarnya banyak prejudis yang telah dikumpul sejak kecil.
Melalui perbincangan pendekatan common sense dan kaedah saintifik, kita telah memahami bahawa pendekatan common sense adalah tidak memadai untuk membincangkan isu sosial dalam masyarakat. Perbincangan isu genting dalam masyarakat perlu difahami dan didekati berdasarkan fakta yang telah diuji dengan berdisplin. Bayangkan apa akan terjadi jika kita hanya menggunakan pengetahuan tempatan sahaja untuk membuat polisi? Maka adalah penting kita mendekati isu sosial dengan mendalam melalui cara saintifik dan bukan hanya dari permukaan atau common sense sahaja.
Sekarang kita sudah mengetahui kita perlu menggunakan kaedah saintifik dalam memahami isu sosial. Dalam topik lain-lain dalam kursus JKA218 Isu-isu Antropologi dan Sosiologi seterusnya kita akan meneliti apakah itu sebenarnya masalah sosial. Adakah semua masalah itu masalah sosial? Kalau anda sudah bersedia, jom mendaftar bagi Program Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan, Antropologi dan Sosiologi.
Jumpa di sana!
-
-
-
Berikut merupakan kata kunci yang penting dalam pembelajaran anda tentang common sense dan pendekatan kaedah saintifik:
- Aristotle
- Common sense
- Pendekatan metod saintifik
- Piawaian disiplin
- Bahan subjek, teori dan kaedah penyelidikan.
-
-
-
- Abdul Rashid, M.R. (2011) e-Modul JKA 212 Isu-isu Sosiologi dan Antropologi. Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh: USM
- Ellwood, C. A. (1902). Aristotle as a Sociologist. The Annals of the American Academy of Political and Social Science, 19(2), 63-74.
- Mooney, L. A., Knox, D., & Schacht, C. (2016). Understanding social problems. Cengage Learning (Boleh dicapai di perpustakaan USM di disini - mesti log in USM)
- Abdul Rashid, M.R. (2011) e-Modul JKA 212 Isu-isu Sosiologi dan Antropologi. Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh: USM
-