MAKLUMAN UMUM - KEGAGALAN MENDAFTAR KURSUS SIDANG AKADEMIK 2026/2027

MAKLUMAN UMUM - KEGAGALAN MENDAFTAR KURSUS SIDANG AKADEMIK 2026/2027

by Pearl PPPJJ -
Number of replies: 0

Salam Sejahtera,

Untuk makluman, berdasarkan rekod PPPJJ, terdapat pelajar yang masih belum mendaftar kursus bagi Sidang Akademik 2026/2027 dan tidak memohon penangguhan pengajian.

Sehubungan itu, pelajar yang terlibat dimohon untuk merujuk hebahan rasmi dan senarai nama pelajar seperti yang dilampirkan serta mengambil tindakan yang sewajarnya selewat-lewatnya pada 30 November 2026 (Isnin).

Kegagalan mengambil tindakan dalam tempoh yang ditetapkan akan menyebabkan nama pelajar dikeluarkan daripada senarai nama pelajar berdaftar USM.

Mohon perhatian dan tindakan segera daripada semua pelajar yang terlibat.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Timbalan Dekan (Akademik, Kerjaya & Antarabangsa)
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh