Salam Sejahtera,
Untuk makluman pelajar, pendaftaran kursus untuk Sidang Akademik 2026/2027 dilanjutkan mulai 1 NOVEMBER 2026 sehingga 15 NOVEMBER 2026 bagi kategori-kategori berikut:
1. Pelajar yang mempunyai yuran tertunggak – DENGAN DENDA
2. Pelajar yang telah mendapat keputusan MUET – DENGAN DENDA
3. Pelajar yang diluluskan permohonan pertukaran major – TANPA DENDA
4. Kes-kes lain – DENGAN DENDA
Rujuk lampiran di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan proses pendaftaran kursus dalam tempoh ini.
Sila ambil maklum bahawa permohonan pendaftaran kursus bagi semua kategori selepas 15 November 2026 TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN oleh pihak PPPJJ.
Sekian, terima kasih.