
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA), Universiti Sains Malaysia (USM) menyediakan kemudahan permohonan sesi kaunseling secara dalam talian melalui sistem MyGUIDE@USM.
Sistem ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar mendapatkan sokongan emosi dan psikologi serta mengakses perkhidmatan kaunseling dengan lebih mudah, pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Bagaimanakah cara untuk memohon sesi kaunseling?
Pelajar boleh mengakses sistem MyGUIDE@USM melalui salah satu kaedah berikut:
Melalui Campus Online USM
Log masuk menggunakan identiti pelajar USM.
Klik ikon MyGUIDE@USM pada Dashboard Aplikasi.
Akses terus ke sistem
Layari https://myguide.usm.my
Langkah permohonan sesi kaunseling:
Klik menu Permohonan dan pilih Permohonan Baru.
Pilih tarikh yang tersedia dan klik Carian Slot.
Lengkapkan maklumat permohonan
Sekian terima kasih
Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni
Universiti Sains Malaysia