Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM “JAPAN SOCIETY FOR THE PROMOTION OF SCIENCE (JSPS) OPPORTUNITIES BRIEFING: UNLOCKING RESEARCH OPPORTUNITIES IN JAPAN”
Program ini memperkenalkan pelbagai peluang yang ditawarkan oleh Japan Society for the Promotion of Science (JSPS), yang juga dikenali sebagai “Gakushin.” Sesi ini akan mengetengahkan peluang berimpak tinggi bagi penyelidikan dan seminar bersama, felo antarabangsa, geran penyelidikan serta program lain yang berkaitan untuk memperkukuh kerjasama akademik, mobiliti penyelidikan dan jaringan penyelidikan antarabangsa antara SDE, USM dengan Jepun.
Butiran program seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 18 September 2026 (Jumaat)
Masa: 11:45 AM - 1:00 PM
Tempat: Bilik Persidangan, PPPJJ, USM

Program ini akan dihadiri oleh Pengarah JSPS, Dr. Yoshio Otani; Timbalan Pengarah, Cik Kazumi Yabuta; serta dua orang Pegawai Program Antarabangsa JSPS.
Kehadiran dan sokongan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.