PERMOHONAN TAMBAHAN UNIT UNTUK DIDAFTARKAN PADA SIDANG AKADEMIK 2026/2027 (PELAJAR TAHUN AKHIR SAHAJA)
Pelajar Tahun Akhir yang ingin memohon tambahan unit untuk didaftarkan pada Sidang Akademik 2026/2027 perlu mengisi template surat permohonan seperti yang dilampirkan.
Sila kembalikan template surat tersebut yang telah lengkap diisi melalui emel kepada tda_cde@usm.my.
Pelajar perlu membuat pendaftaran sendiri terlebih dahulu melalui sistem eDaftar bagi kursus-kursus yang perlu di ambil bagi Sidang Akademik 2026/2027. Sila ambil perhatian bahawa sistem eDaftar hanya dibuka sehingga 30 Oktober 2026.
TAMBAHAN UNIT ADALAH TERTAKLUK KEPADA KELULUSAN UNIVERSITI
Tiada surat / emel makluman kelulusan akan dihantar kepada pelajar. Pelajar perlu menyemak sendiri kelulusan kursus yang dimohon tambahan unit dalam Campus Online.
Sekian, terima kasih.
Pejabat Timbalan Dekan (Akademik, Kerjaya & Antarabangsa), PPPJJ