Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar bidang Pengurusan bagi kohort kemasukan Sidang Akademik 2022/2023 yang belum bergraduat masih dikehendaki mendaftar tiga kursus Elektif wajib iaitu JTP393E, JOP455 dan JTU394E. Bagi pelajar yang sudah mencukupi komponen Elektif (E) dengan jumlah 6/7 unit, pelajar perlu mendaftar kursus-kursus yang dinyatakan sebagai komponen Audit (Y).
2. Untuk rujukan, pelajar boleh mengikuti rakaman taklimat pelaksanaan Kursus Audit bagi kohort kemasukan Sidang Akademik 22/23 yang telah berlangsung pada hari Jumaat, 17 April 2026 yang lalu di pautan ini: Rakaman Webex Kursus Audit. Bersama ini juga dilampirkan slaid sesi berkenaan seperti di Lampiran 1 untuk rujukan semua.
3. Untuk mendaftar kursus bagi komponen Audit (Y), pelajar perlu mengisi borang tambahan pendaftaran kursus secara manual seperti di Lampiran 2.
4. Kerjasama dan perhatian tuan/puan amatlah diharapkan bagi melicinkan urusan pengajian tuan/puan. Pihak kami akan membantu yang terbaik supaya tuan/puan tidak tercicir dari senarai yang akan bergraduat.
Sekian, terima kasih.
Pengerusi
Rancangan
Bidang
Pengurusan
Pusat
Pengajian Pendidikan Jarak Jauh