HEBAHAN RAYUAN PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR, SIDANG AKADEMIK 2025/2026
Tempoh permohonan rayuan penyemakan semula keputusan peperiksaan bagi Peperiksaan Akhir, Sidang Akademik 2025/2026 adalah mulai 26 OGOS 2026 HINGGA 25 SEPTEMBER 2026. Rayuan penyemakan semula keputusan peperiksaan yang diterima selepas tempoh ini tidak akan dipertimbangkan oleh pihak Universiti.
Peraturan penyemakan semula keputusan peperiksaan bukan bermaksud penilaian semula skrip jawapan. Penyemakan semula akan melibatkan hanya pengesahan sama ada setiap jawapan di dalam skrip jawapan telah diberikan markah dan pengiraan markah adalah betul.
Sila rujuk lampiran untuk maklumat lanjut berkenaan kaedah permohonan semakan semula keputusan Peperiksaan Akhir Sidang Akademik 2025/2026.
Unit Peperiksaan dan Pengijazahan, Bahagian Pengurusan Akademik