PERMOHONAN PENGINAPAN PELAJAR PPPJJ BAGI PEPERIKSAAN AKHIR SIDANG AKADEMIK 2025/2026
Dimaklumkan bahawa permohonan penginapan di desasiswa kampus induk USM, Pulau Pinang bagi pelajar Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) yang akan menduduki Peperiksaan Akhir Sidang Akademik 2025/2026 kini dibuka.
Pelajar yang memerlukan penginapan sepanjang tempoh peperiksaan boleh mengemukakan permohonan melalui pautan berikut:
📌 Pautan Permohonan: https://forms.gle/18DVEUWdU5n8RGqu7
Untuk makluman, tempoh penginapan yang disediakan bermula dari 29 Jun 2026 hingga 19 Julai 2026 sahaja.
Tarikh akhir permohonan ialah pada 19 Jun 2026.
Kerjasama dan perhatian daripada semua pelajar amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
Pusat Perumahan dan Penginapan Universiti (HAC)
Universiti Sains Malaysia