AKTIVITI PELAJAR - JEMPUTAN KE SESI DIALOG ANTROPOLOGI & SOSIOLOGI

AKTIVITI PELAJAR - JEMPUTAN KE SESI DIALOG ANTROPOLOGI & SOSIOLOGI

by Pearl PPPJJ -
Number of replies: 0



Salam Sejahtera,

Bahagian Antropologi-Sosiologi, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia akan mengadakan satu sesi dialog maklum balas Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bersama pelajar aktif major Antropologi dan Sosiologi. 

Sesi ini bertujuan:
  • Menyediakan platform kepada pelajar untuk berinteraksi secara langsung dengan pensyarah
  • Berkongsi pengalaman pembelajaran, serta membincangkan perkara berkaitan pengajian, cabaran pembelajaran jarak jauh, dan perancangan akademik. 
  • Mendapatkan maklum balas pelajar bagi menyokong usaha penambahbaikan kualiti berterusan 
  • Meningkatkan rasa kebersamaan dalam komuniti akademik serta menggalakkan penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti akademik bahagian.
Sehubungan itu, pelajar major Antropologi dan Sosiologi yang aktif dijemput untuk menghadiri sesi santai ini yang akan berlangsung dengan perincian berikut: 

Tarikh: 8 April 2026 (Rabu)
Masa: 8:00 malam - 10:00 malam
Lokasi: Putrajaya

Bagi memastikan perbincangan dapat dijalankan dengan berkesan, bilangan tempat adalah terhad. Sila RSVP di pautan google berikut selewat-lewatnya pada 6 April 2026. Pelajar yang berjaya membuat RSVP akan diemelkan perincian sesi perjumpaan ini.


Untuk makluman lanjut, sila emel:
•⁠  ⁠⁠Dr Khauthar Ismail di khautharism@usm.my
•⁠  ⁠⁠⁠Dr Bok Guat Im di guatim@usm.my

Sekian, terima kasih.