AKTIVITI PELAJAR - HEBAHAN PENYERTAAN KURSUS JANGKA PENDEK BERFOKUS INDUSTRI UNTUK PELAJAR

AKTIVITI PELAJAR - HEBAHAN PENYERTAAN KURSUS JANGKA PENDEK BERFOKUS INDUSTRI UNTUK PELAJAR

by Pearl PPPJJ -
Number of replies: 0



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
  
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak GKK Consultants dengan kerjasama Yayasan Peneraju akan menganjurkan dua (2) Kursus Jangka Pendek Berfokus Industri iaitu Kursus Microsoft Certified: Power BI Data Analyst Associate dan Kursus DevOps. 

Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan kemahiran teknikal dan kompetensi digital pelajar selaras dengan keperluan industri semasa, memperkukuh kebolehpasaran graduan melalui pensijilan profesional yang diiktiraf di peringkat antarabangsa serta memberi pendedahan awal kepada penggunaan teknologi, analisis data dan amalan pembangunan sistem moden yang digunakan secara meluas dalam persekitaran pekerjaan sebenar. 

Berikut adalah perincian kursus:
 
        A. Kursus Microsoft Certified: Power BI Data Analyst Associate
          Sasaran Peserta: Pelajar aliran dan bukan Sains Komputer / Teknologi Maklumat
          Fokus Program:
  • Official Microsoft learning path
  • Hands-on Power BI dashboard creation
  • Real-world data analysis exercises
  • Mentorship daripada Certified Microsoft Trainers 
       B. Kursus DevOps
         Sasaran Peserta: Pelajar aliran Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
         Fokus Program:
Konsep dan amalan DevOps
  • Continuous Integration (CI) & Continuous Deployment (CD)
  • Automasi pembangunan dan operasi sistem
Program-program ini dilaksanakan secara dalam talian, berbentuk praktikal dan interaktif serta dikendalikan oleh jurulatih industri yang berpengalaman. Untuk makluman, peserta yang berjaya akan menerima tajaan penuh yuran latihan oleh Yayasan Peneraju.

Pelajar yang berjaya menamatkan kursus juga akan menerima Sijil Pengiktirafan Antarabangsa.
  Pendaftaran boleh diakses melalui pautan berikutPRA PENDAFTARAN KURSUS JANGKA PENDEK BERFOKUS INDUSTRI KEPADA PELAJAR – Fill in form
 
Syarat Tambahan Penyertaan:
a) Kursus dikendalikan dalam Bahasa Inggeris secara dalam talian oleh pakar industri bertauliah serta ditaja penuh oleh Yayasan Peneraju
b) Terbuka kepada pelajar Bumiputera daripada peringkat Ijazah dan ke atas
c) Peserta mestilah pelajar baharu yang belum pernah menerima tajaan Yayasan Peneraju
d) Semua permohonan akan melalui proses saringan oleh pihak Yayasan Peneraju
e) Peserta yang lulus kursus dan penilaian akan menerima sijil pengiktirafan antarabangsa seperti daripada Microsoft serta badan profesional UK dan Eropah
 
Sekian, terima kasih.

Pusat Pembangunan Pelajar
Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni
Universiti Sains Malaysia