MAKLUMAN UMUM - PERKHIDMATAN PENGHANTARAN BUKU OLEH PERPUSTAKAAN USM

MAKLUMAN UMUM - PERKHIDMATAN PENGHANTARAN BUKU OLEH PERPUSTAKAAN USM

by Pearl PPPJJ -
Number of replies: 0


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman, Perpustakaan Universiti Sains Malaysia (USM) menyediakan Perkhidmatan Penghantaran Buku kepada semua pelajar Rancangan Pengajian Jarak Jauh.

🟣 Kelayakan: Pelajar prasiswazah dan pascasiswazah PPPJJ yang berstatus aktif.

🟣 Had Permohonan: Maksimum 2 buah buku bagi setiap permohonan.

🟣 Tempoh Pemprosesan: Permohonan akan diproses dalam tempoh 4 hari bekerja.

🟣 Kaedah Penghantaran: Buku akan dihantar melalui perkhidmatan Pos Laju. 
    *kos penghantaran ditanggung oleh pemohon

Cara Permohonan:
Permohonan boleh dibuat melalui laman Sistem Permohonan Buku & Artikel (RBAS) USM di pautan berikut:
👉 https://rbas.usm.my/

Para pelajar PPPJJ digalakkan untuk memanfaatkan perkhidmatan ini bagi memudahkan akses kepada bahan rujukan perpustakaan tanpa perlu hadir secara fizikal ke kampus USM. 

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan melalui e-mel kepada:
✉️ Encik Ahmad Tarmizi Mohd Jaafartarmizimj@usm.my
✉️ Encik Mohammad Asri Yaacubasrimohammad@usm.my

Sekian, terima kasih.

Perpustakaan Universiti Sains Malaysia (USM)
www.lib.usm.my