HEBAHAN RAYUAN PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN KSCP, SIDANG AKADEMIK 2024/2025
Tempoh permohonan rayuan penyemakan semula keputusan peperiksaan bagi Peperiksaan KCSP, Sidang Akademik 2024/2025 adalah mulai 9 OKTOBER 2025 HINGGA 23 OKTOBER 2025. Rayuan penyemakan semula keputusan peperiksaan yang diterima selepas tempoh ini tidak akan dipertimbangkan oleh pihak Universiti.
Peraturan penyemakan semula keputusan peperiksaan bukan bermaksud penilaian semula skrip jawapan. Penyemakan semula akan melibatkan hanya pengesahan sama ada setiap jawapan di dalam skrip jawapan telah diberikan markah dan pengiraan markah adalah betul.
Sila rujuk lampiran untuk maklumat lanjut berkenaan kaedah permohonan semakan semula keputusan Peperiksaan KSCP, Sidang Akademik 2024/2025.
Unit Peperiksaan dan Pengijazahan, Bahagian Pengurusan Akademik