MAKLUMAN UMUM - TERKINI: JEMPUTAN KE MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEPUJIAN DAN SIJIL DEKAN SIDANG AKADEMIK 2024/2025

MAKLUMAN UMUM - TERKINI: JEMPUTAN KE MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEPUJIAN DAN SIJIL DEKAN SIDANG AKADEMIK 2024/2025

by Pearl PPPJJ -
Number of replies: 0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kepada:
Penerima Sijil Dekan & Penerima Anugerah Hadiah Kepujian,
Sidang Akademik 2024/2025

JEMPUTAN KE MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEPUJIAN DAN SIJIL DEKAN SIDANG AKADEMIK 2024/2025
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) mengucapkan tahniah atas kejayaan tuan/puan dianugerahkan Hadiah Kepujian/Sijil Dekan setelah memenuhi kriteria umum dan khusus Rancangan Pengajian Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia (USM) bagi Sidang Akademik 2024/2025.
 
Sehubungan itu, bagi meraikan kejayaan tuan/puan, PPPJJ dengan berbesar hati ingin menjemput tuan/puan menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah Kepujian dan Sijil Dekan. Mohon kerjasama tuan/puan untuk mengesahkan kehadiran dengan mengisi proforma kehadiran selewat-lewatnya pada 6 Januari 2026 (Selasa) 9 Januari 2026 (Jumaat) di pautan: https://forms.office.com/r/q62LrJxv5f

Berikut dilampirkan Surat Jemputan dan Senarai Penerima Sijil Dekan & Hadiah Kepujian bagi Sidang Akademik 2024/2025 untuk rujukan dan perhatian para pelajar. 
 
Sebarang kemusykilan atau pertanyaan, sila hubungi Puan Nor Haslina Khalid di talian 04 - 653 3286 atau emel khaslina@usm.my.
 
Sekian, terima kasih.