PERHATIAN KEPADA SEMUA PEMBELI T-SHIRT SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-55
PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH (PPPJJ), USM
Badan Kebajikan PPPJJ ingin memohon maaf atas kelewatan pembekalan T-shirt yang telah ditempah oleh para pelajar. Kelewatan ini berlaku kerana pihak pembekal memerlukan masa tambahan untuk menyiapkan keseluruhan tempahan yang telah dikumpulkan.
Kami amat kesali kesulitan yang timbul dalam menyiapkan tempahan ini, dan menghargai kesabaran serta kerjasama semua pembeli. Pihak kami akan berusaha sedaya upaya mempercepatkan proses penyediaan dan serahan T-shirt tersebut.
Tarikh baharu bagi penyerahan akan dimaklumkan sebaik sahaja semua T-shirt telah diterima.
Sekian, terima kasih atas sokongan dan perhatian semua.
Badan Kebajikan PPPJJ
--------------------------------
PENAFIAN
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) tidak akan bertanggungjawab terhadap kandungan emel ini atau sebarang tindakan yang diambil berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pengguna, melainkan maklumat tersebut disahkan secara bertulis. Segala pandangan dan pendapat yang dinyatakan dalam emel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi PPPJJ atau Universiti Sains Malaysia.
DISCLAIMER
The School of Distance Education (SDE) disclaims any liability for the content of this email or for the consequences of any actions taken based on the information provided by the user, unless that information is confirmed in writing. Any views and opinions presented in this email are solely those of the author and do not necessarily represent those of the School of Distance Education or Universiti Sains Malaysia.