loader image
Skip to main content
Completion requirements
View
Make forum posts: 1


Peraturan 5 Saat menyatakan bahawa jika anda mengambil makanan yang jatuh dalam masa lima saat, makanan itu masih selamat dimakan kerana kuman memerlukan masa untuk berpindah. Dalam aktiviti ini, anda akan cuba mengenal pasti sama ada pendekatan common sense atau kaedah saintifik lebih sesuai untuk memahami rasionaliti di sebalik peraturan ini.

Aktiviti:

  1. Menggunakan Common Sense:

    • Fikirkan bagaimana common sense boleh digunakan untuk menyokong atau menolak Peraturan 5 Saat. Sebagai contoh, anda mungkin berfikir bahawa jika lantai kelihatan bersih, makanan yang jatuh mungkin masih selamat dimakan.
    • Tulis satu perenggan yang menjelaskan hujah anda menggunakan pendekatan akal logik.

  2. Menggunakan Kaedah Saintifik:

    • Gunakan kaedah saintifik untuk menilai kesahihan Peraturan 5 Saat. Anda boleh merujuk kepada kajian yang telah dilakukan untuk mengukur pemindahan bakteria dari lantai ke makanan dalam pelbagai situasi.
    • Tulis satu perenggan yang menjelaskan hujah anda menggunakan pendekatan kaedah saintifik.

  3. Perbandingan Pendekatan:

    • Bandingkan hasil yang anda perolehi daripada menggunakan akal logik dan kaedah saintifik. Pertimbangkan hujah mana yang lebih kukuh dan mengapa.
    • Tulis satu perenggan yang membandingkan kedua-dua pendekatan tersebut.

  4. Refleksi Akhir:

    • Akhir sekali, refleksikan sama ada anda dapat mengenal pasti pendekatan mana yang lebih sesuai untuk memahami Peraturan 5 Saat. Fikirkan juga bagaimana penilaian ini boleh diaplikasikan dalam situasi lain.
    • Tulis satu perenggan refleksi tentang pilihan anda dan justifikasi pendekatan yang anda anggap lebih berkesan.

Kongsikan dapatan anda di dalam forum (Klik tajuk forum di atas untuk ke sana).
There are no discussion topics yet in this forum