loader image
Skip to main content

MAKLUMAN UMUM - PENGUMUMAN PELAKSANAAN KURSUS INTENSIF SIDANG AKADEMIK 2024/2025 RANCANGAN PENGAJIAN JARAK JAUH (RPJJ)

MAKLUMAN UMUM - PENGUMUMAN PELAKSANAAN KURSUS INTENSIF SIDANG AKADEMIK 2024/2025 RANCANGAN PENGAJIAN JARAK JAUH (RPJJ)

by CIK SAHIDA BANU BINTI SALIM -
Number of replies: 0

PENGUMUMAN PELAKSANAAN KURSUS INTENSIF SIDANG AKADEMIK 2024/2025 RPJJ

Sukacita dimaklumkan bahawa Kursus Intensif Sidang Akademik 2024/2025, Rancangan Pengajian Jarak Jauh akan berlangsung mulai 3 Mac 2025 (Isnin) sehingga 16 Mac 2025 (Ahad).

Untuk makluman semua pelajar, aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta Penilaian Berterusan (kecuali amali) akan dijalankan secara dalam talian. Perincian pelaksanaan adalah seperti berikut:

1) Bagi pelajar ambilan Sidang Akademik 2024/2025, tiada lagi Kursus Intensif secara fizikal akan dijalankan di Kampus Induk sehingga pelajar menamatkan pengajian. Kursus Intensif akan dijalankan secara dalam talian sepenuhnya. Penginapan di Kampus Induk tidak akan disediakan sepanjang tempoh Kursus Intensif berlangsung. Kesemua sesi konsultasi bersama pensyarah kursus juga akan dijalankan secara dalam talian.

2) Bagi pelajar ambilan Sidang Akademik 2023/2024 dan sebelumnya, kesemua kelas dan penilaian semasa Kursus Intensif juga akan dijalankan secara dalam talian. Walau bagaimanapun, pelajar boleh memohon untuk mendapatkan penginapan di kampus semasa Kursus Intensif berlangsung jika terdapat sebarang keperluan untuk hadir secara fizikal. Pelajar perlu merujuk kepada hebahan berkaitan prosedur permohonan penginapan yang akan dibuat di portal PEARL sebelum berlangsungnya Kursus Intensif.

*Bagi pelajar yang mendaftar kursus yang melibatkan amali, kaedah pelaksanaan amali akan dimaklumkan kemudian.