Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kad Siswa pelajar baharu Fasa 1, Rancangan Pengajian Jarak Jauh (RPJJ) Kemasukan Sidang Akademik 2024/2025 telah diposkan secara berperingkat kepada para pelajar menggunakan perkhidmatan Pos Laju.
Setelah menerima kad, para pelajar boleh berkunjung ke mana-mana cawangan bank RHB berdekatan anda untuk membuka akaun RHB dan mengaktifkan Kad Siswa anda. Sila bawa bersama Kad Siswa, Surat Tawaran Pengajian dan Kad Pengenalan.
Sila ambil maklum bahawa pelajar yang memohon pinjaman PTPTN wajib mengaktifkan Kad Siswa untuk membolehkan bayaran diterima oleh pelajar melalui akaun RHB.
Bagi sebarang pertanyaan lanjut, sila emelkan keĀ bpss_pppjj@usm.my
Sekian, terima kasih.