Salam Sejahtera,
Proses pendaftaran kursus secara e-Daftar bagi Sidang Akademik 2025/2026 akan bermula pada 10 September 2025 hingga 30 Oktober 2025. Rujuk lampiran di bawah untuk mendapatkan maklumat tentang panduan, kaedah dan tatacara berhubung proses pendaftaran kursus untuk pelajar Tahun Dua hingga Tahun Akhir.
Sila ambil perhatian bahawa pelajar baharu kemasukan Sidang Akademik 2025/2026 tidak terlibat dengan proses pendaftaran kursus ini.
Sekian, terima kasih.
Pejabat Timbalan Dekan (Akademik, Kerjaya & Antarabangsa), PPPJJ
Kemas kini: 9 September 2025 (folder Sains Politik)