
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ), Universiti Sains Malaysia (USM), dengan kerjasama Universitas Terbuka dan Universitas Sumatera Utara (USU) akan menganjurkan Program Khidmat Masyarakat Antarabangsa "Menelusuri Berastagi: Lawatan Pengetahuan & Khidmat Masyarakat".
Maklumat lanjut mengenai program ini boleh dirujuk dalam poster rasmi yang dilampirkan bersama.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Julai 2025. Sebarang pertanyaan lanjut boleh dimajukan kepada Dr. Norizan Baba Rahim melalui emel norizanbaba@usm.my atau hubungi 012-5726680.
Semua pelajar RPPJJ USM dijemput menyertai program ini sebagai usaha untuk memperkaya pengalaman pembelajaran, memperluas jaringan serantau, dan mewakili semangat global warga USM.
Sekian, terima kasih.