Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dimaklumkan bahawa Sistem Penilaian Pengajaran (Teaching Assessment) bagi Sidang Akademik 2024/2025 telah dibuka.
Penilaian ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas pelajar mengenai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan oleh pensyarah untuk kursus masing-masing bagi penambahbaikan berteruskan oleh pusat pengajian.
Sehubungan itu, para pelajar WAJIB untuk melengkapkan penilaian ini melalui pautan ‘Sistem Penilaian Pengajaran’ dalam portal e-Pembelajaran PPPJJ. Tarikh akhir untuk melengkapkan penilaian ini adalah 13 Julai 2025.
Sila ambil maklum bahawa semua maklum balas anda adalah SULIT.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Dekan (Akademik, Kerjaya & Antarabangsa)
----------------------------
PENAFIAN
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) tidak akan bertanggungjawab terhadap kandungan emel ini atau sebarang tindakan yang diambil berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pengguna, melainkan maklumat tersebut disahkan secara bertulis. Segala pandangan dan pendapat yang dinyatakan dalam emel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi PPPJJ atau Universiti Sains Malaysia.
DISCLAIMER
The School of Distance Education (SDE) disclaims any liability for the content of this email or for the consequences of any actions taken based on the information provided by the user, unless that information is confirmed in writing. Any views and opinions presented in this email are solely those of the author and do not necessarily represent those of the School of Distance Education or Universiti Sains Malaysia.