Salam Sejahtera dan Salam Hormat,
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ), Universiti Sains Malaysia ingin memohon jasa baik YBhg. Tan Sri / Datuk / Dato' / Prof. / Dr. / Tuan / Puan / Cik untuk meluangkan sedikit masa bagi menjawab soal selidik Kajian Kebolehpasaran Program Akademik - Sarjana Muda Pengurusan dalam Pemasaran dengan Kepujian.
Sebagai salah satu usaha penambahbaikan kualiti berterusan, kajian ini bertujuan meneliti keberkesanan dan kesesuaian program dari sudut pasaran kerja serta membantu pusat pengajian memperkemas kandungan kurikulum agar sentiasa relevan dan berdaya saing.
Tempoh menjawab yang diperlukan hanyalah lebih kurang 5 minit. Segala maklum balas yang diberikan adalah SULIT dan hanya akan digunakan untuk tujuan seperti yang dinyatakan.
YBhg. Tan Sri / Datuk / Dato' / Prof. / Dr. / Tuan / Puan / Cik boleh mengklik pada pautan berikut atau imbas kod QR yang disediakan:
Pautan: https://forms.gle/NiSLZyU9Nz8nip4q8
Kod QR:
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut, YBhg. Tan Sri / Datuk / Dato' / Prof. / Dr. / Tuan / Puan / Cik bolehlah menghubungi:
Dr. Siti Haslina Md Harizan – sitihaslina@usm.my
Cik Nor Rafizah Haji Md Zain - nor_rafizah@usm.my
Kesudian dan kerjasama YBhg. Tan Sri / Datuk / Dato' / Prof. / Dr. / Tuan / Puan / Cik dalam menjayakan kajian ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.