Salam Sejahtera,
Untuk makluman semua pelajar, mengikut Standard Program Pengajian Perniagaan Edisi Kedua, pelajar dikehendaki mencapai gred lulus bagi kedua-dua komponen kerja kursus dan penilaian akhir sebelum diberikan gred lulus bagi semua kursus yang ditawarkan dalam program bidang Pengurusan.
Pelaksanaan pindaan syarat lulus kursus bidang Pengurusan ini akan mula dikuatkuasakan kepada pelajar kemasukan Sidang Akademik 2025/2026.
Bagi pelajar kemasukan sidang akademik semasa dan juga sebelumnya, pemarkahan dan syarat lulus kursus adalah masih sama seperti sidang-sidang lepas.
Sekian, harap maklum. Terima kasih.
Pengerusi Rancangan Bidang Pengurusan