Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
PELAWAAN PERMOHONAN SUSTAINABILITY EXCELLENCE AWARDS (SEA) 2024 PPPJJ
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Untuk makluman, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) akan mengadakan Majlis Sustainability Excellence Awards (SEA) 2024 yang bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada individu yang telah berjaya mengetuai pelbagai projek dan mencapai kecemerlangan dalam pelbagai aspek kelestarian sepanjang tahun 2024.

3. Anugerah SEA 2024 dibahagikan kepada sembilan (9) kategori seperti berikut:
- Penyelidikan
- Penerbitan
- Pengajaran
- Perundingan
- Komuniti
- Industri
- Institusi - Universiti
- Institusi - PPPJJ
- Pelajar
4. Projek atau inisiatif ini termasuk aktiviti seperti penglibatan dalam program sukan, inisiatif badan kebajikan, latihan profesional, serta program-program kemasyarakatan yang memberi impak signifikan kepada institusi atau komuniti. Sehubungan itu, para pelajar PPPJJ adalah dipelawa untuk memohon di pautan https://shorturl.at/jJaDk .
5. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 April 2025 (Rabu) jam 5.00 petang. Permohonan yang tidak lengkap dan/atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
Sekian, terima kasih.