Salam Sejahtera,
Pelajar tahun akhir yang ingin memohon tambahan unit untuk didaftarkan pada Sidang Akademik 2024/2025 perlu mengisi template surat permohonan yang dilampirkan. Sila kembalikan template surat yang telah lengkap diisi melalui email kepada tda_cde@usm.my.
Pelajar perlu membuat pendaftaran sendiri terlebih dahulu melalui eDaftar bagi kursus-kursus yang perlu di ambil bagi Sidang Akademik 2024/2025. Pusat pengajian hanya akan membuat pendaftaran bagi kursus-kursus yang dimohon tambahan unit sahaja (tertakluk kepada kelulusan). Sila ambil perhatian bahawa sistem eDaftar hanya dibuka sehingga 9 Oktober 2024.
Tiada surat/emel makluman kelulusan akan dihantar kepada pelajar. Pelajar perlu menyemak sendiri kursus yang dimohon tambahan unit dalam Campus Online.
Sekian, terima kasih.
Pejabat Timbalan Dekan (Akademik, Kerjaya & Antarabangsa), PPPJJ