Completion requirements
Perpustakaan Universiti Sains Malaysia boleh dicapai di sini
Selain itu, pelajar juga boleh merujuk eBook Perpustakaan Universiti Sains Malaysia ProQuest di sini dan Ebrary di sini
Perpustakaan USM juga menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk pelajar Rancangan Pengajian Jarak Jauh.
- Perkhidmatan Pinjaman Melalui Pos Pelajar boleh meminjam buku terus dari Perpustakaan Universiti melalui pos dengan pembayaran wang cagaran dahulu sebanyak RM20.00. Pelajar dibenarkan meminjam buku daripada koleksi terbuka dan Jarak Jauh di Perpustakaan Universiti Sains Malaysia.
- Rujuk PDF di atas untuk tatacara pembayaran cagaran.
- Untuk pinjaman melalui pos klik sini
- Untuk perkhidmatan ebook pelajar boleh klik sini. Sekiranya pelajar mengalami masalah di dalam mencapai ebook, pelajar boleh menghubungi Puan Asma
Wati di www.wasap.my/6046535350 atau email: asma_wati@usm.my
- Pelajar juga boleh meminjam buku daripada perpustakaan mini di Pusat Wilayah di Kota Bharu. Kuala Lumpur, Johor Bahru, Sabah and Sarawak. Namun koleksi adalah terhad. Walau bagaimanapun, pelajar masih boleh mengguna perkhidmatan
pinjaman pos (rujuk perkara 1).
- Pelajar boleh menggunakan koleksi Rancangan Pengajian Jarak Jauh dan kemudahan lain yang terdapat oleh Perpustakaan Hamzah Sendut 1, USM. Semua pelajar amat digalakkan menggunakan semaksimum mungkin kemudahan yang disediakan di perpustakaan ini semasa Kursus Intensif.
Untuk makluman pelajar, kad perpustakan USM boleh digunakan di mana-mana perpustakaan universiti di Malaysia. Walaupun pelajar tidak boleh meminjam buku, pelajar masih boleh mencari dan merujuk bahan bacaan di dalam perpustakaan lain daripada perpustakaan
USM. Untuk mencari sumber bacaan bertempat di lokasi universiti Malaysia yang lain, pelajar boleh menggunakan perkhidmatan
Malcat.